 |
sekarang okeh |
Sekarang nie tengah hangat tentang Penyanyi No. 1 negara iaitu Ziana Zain *oppss sorry Tok Ti* mengaku suntik kolegen okeh . kau mampoooooooooooo ????
Patut lah 2, 3 menjak muka kak Ziana nampak begitu muda dan flawless mcm Zalia *pitammmm* . Kalau diikutkan perubahan yang berlaku pada muka Kak Ziana nie takdelah teruk sangat kalau dibandingkan dengan diva overdose kak Hanita tuh okeh !
Dari dulu still sama jer lagi . Tapi buat masa ni Zalia masih belum sampai hati nak cucuk - cucuk ni . Maklumlah Zalia ni takut jarum sikit . Buat - buat pengsan kalau nampak jarum . Alhamdulillah still bahagia dengan muka Zalia sekarang walaupun tak secantik Kak Ziana.
“Memang saya mendapatkan suntikan wajah. Tapi bukan botox
sebaliknya kolagen. Mungkin sudah tiba masanya saya mendapatkan rawatan
wajah seperti ini memandangkan usia saya yang semakin meningkat.
“Tambahan pula, dengan kerjaya saya di dalam bidang hiburan,
memang memerlukan saya kelihatan cantik serta segar sentiasa dan rasanya
dalam usia saya yang mencecah 45 tahun, inilah masa yang paling
sesuai,” katanya tanpa berselindung.
“Saya sedar, pada zaman sekarang ramai wanita yang berusia 20-an pun sudah berani membuat suntikan, tetapi tidak buat saya.
“Sebelum membuat suntikan, saya terlebih dahulu banyak
membaca berkenaan kelebihan serta keburukan suntikan kolagen termasuk
juga jenis-jenisnya. Ada yang datang dari kategori A, B, C dan saya
bukannya suka-suka mengambilnya.
“Saya perlu tahu kandungan di dalam kolagen. Bagaimana ada
sesetengah individu yang telah mendapat kesan yang berbeza. Ada juga
yang tidak menjadi apabila suntikan itu dikenakan pada wajah mereka.
Semua itu saya perlu ambil tahu puncanya.
“Malah selepas menerima suntikan ini tahun lalu, saya
menunggu beberapa bulan untuk melihat kesannya dan selepas saya tahu
kesannya sangat baik buat saya, barulah saya berani bercerita
mengenainya kepada orang luar seperti sekarang,” katanya
bersungguh-sungguh.
“Saya tidak mensyorkan kepada sesiapa, tetapi cukuplah saya
katakan tepuk dada tanyalah selera. Saya tahu apa yang saya lakukan dan
saya rasa suntikan kolagen ini sudah biasa diamalkan dalam kehidupan
masa kini.
“Jadi saya tak rasa ianya akan menjadi perkara besar bila
saya menggunakannya. Alhamdulillah selepas menggunakannya wajah saya
tampak segar, kulit muka saya kembali tegang dan ianya nyata telah
mengembalikan keremajaan saya.
“Tidak bermakna pula saya melupakan rawatan tradisioanl lain
kerana bagi saya ianya tetap penting bagi penjagaan dalaman. Jika anda
berusia 40-an barulah anda faham kepentingannya. Apa yang penting saya
lebih berkeyakinan,” katanya.
Ape pon Kak Ziana tetap nampak cantik dan lebih muda dari selalu . Zalia hanya mampu telan pil vitamin c + kolegen jer untuk mengekalkan keremajaan walaupon hakikat nya Zalia dah nak tua gituew .
Kepada sesapa yang gatal nak menyuntik-nyuntik ni Zalia sarankan jumpalah doktor atau pakar kecantikan kalau dah gigih sangat nak cantikkan muka tuh untuk mengetahui selok belok mengenai nya . yelah bukan ape takut kalau tak sesuai . aiyooohhhhhh
 |
*larikkkkkkkkkkkkkkkkkkk |