Sape masih kenal dengan kumpulan Pop British paling popular Spice Girls pada tahun 90an ? Kumpulan ini dianggotai oleh Melanie B, Victoria Beckham, Emma Bunton, Geri Halliwell dan Melanie C telah melahirkan 3 buah album bersama iaitu Spice, Spice World dan Forever.
Spice Girls ni dulu memang lah kumpulan yang paling paling paling akak minat giler *aiyoooo gigih* Dulu masa sekolah akak digelar Sporty Spice okeh ! kau mampoooo ??? Maklumlah dulu akak nie kira sporty sikit dari kawan2 akak yang lain kan ? semua dah cop yang lelawa so akak terima jelah.
Dari dulu akak ni suka sangat hapal lagu bahasa inggeris tau. Lagu Spice Girls ni korang petik lah lagu ape yang korang nak akak nyanyi ? semua akak mampooo okeh ! Akak nie memang suka sangat lelagu inggeris. Kadang2 lagu yang 15 tahun lepas punya lagu pon akak masih hapal liriknya. Tapi cuba soh ngapal bahasa arab ? *ya adoooooooooooooo.......pitammmmm*
![]() |
selepas Geri keluar pd thn 1999 |
Spice Girls tak bertahan lama keretakan mula berlaku apabila pengumuman Geri Halliwell untuk keluar dari Spice Girls pada tahun 1999 kerana berlaku perselisihan antara mereka. Selepas itu masing2 bawak diri dan haluan memasing. Melanie C adalah diantara ahli kumpulan yang paling menyerlah diantara mereka semasa bersama Spice Girls dan semasa bergerak solo dala bidang muzik dan diikuti dengan Victoria Beckham yang cuba mengembangkan sayapnya ke Amerika Syarikat dalam bidang fesyen.
![]() |
konsert reunion 2007 |
Pada tahun 2007 mereka kembali bergabung semula setelah sembilan tahun menjalani kehidupan masing2. Bila dapat tau yang mereka dah bersatu balik. Akak rasa macam nak melompat2 gembira okeh. Dengar pulak diorg nak buat konsert reunion besar besaran kat seluruh Eropah dan Amerika Syarikat terus akak rasa macam nak hantuk pale kat dinding. Yelah akak tak mampu nak terbang sampai kesana *rebahhhh....* konsert diorang sangat cemerlang okeh dan penggabungan mereka adalah yang ditunggu2 oleh dunia muzik.
Pada tahun nie pulak ada dengar desas desus mereka nak buat comeback sempena sukan Olympic di London 2012. Semua anggota kumpulan nie telah memberikan pengesahan penggabungan tapi malangnya si Victoria Beckham ni pulak tak dapat nak join pulak. Dia takde masa untuk projek ni sebabnya dia terlalu sibuk dengan butik rekaannya di Amerika Syarikat.
Sedeh tau....harap2 si Victoria Beckham ni dapatlah mengubah keputusannya. Akak teringin sangat diorg dapat perfome balik dan rasa2 nya semua peminat di seluruh dunia tertunggu-tunggu dengan comeback diorg.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan